? ??????????????Creepy!? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 365 Total Grabs. ??????Ge
t the Code?? ?? ?????????????????????????????????Never Let You Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??11 Grabs Today. 3868 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Love to Hat BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 12, 2009

Knapa Jadi Samsing Sekolah.....?



sminggu sudah aku x msuk kls mngajar... masaku dihabiskan dibilik guru mengadap laptop utk kusiapkan soalan2 exam... kls aku telah diganti oleh guru al-Quran juga.. rindu plak rsanya hati ni bla lama x jumpa murid2 ku yg nakal2 tu... wlaupun bru smggu x bersua muka. mcm mana la aku nk tgglkn diorg nnti... wlupun kdg2 tension dgn knakaln diorg tu... tp hakikatnya hatiku ni sayang...... diorg. mungkin itulah naluri yg dirasai oleh smua guru... sepanjang aku mngajar.. jarang skali utk aku tangankn diorg... tp satu hari tu kesabaranku tercabar bla dri aku ni dibuat seperti tunggul berdri dihadapan tanpa dihiraukan... sedih sgt hati ni...astaghfirullah apalah salah aku.. msti ada bnda yg x stl lg dlm driku ni.. adakah aku trlalu brlmbut dgn diorg.. hampir stengah jam aku brdiam tnpa brkata apa2.. diorg trus leka brmain dgn keriuhan yg mmbingitkan... aku bristighfar brkalix dlm hati... aku mmujuk hatiku supaya brsabar.. mataku tajam melihat kerenah mereka yang seolah2 x myedarai aku berdiri dihadapan mereka.. cuma bberapa org pljr sja yg trsedar dgn sikapku yg terkedu dgn keadaan kls yg mmbingitkn itu.. ttba muncul seorg pljr llki dimuka pintu kls aku mngajar.. "diam....... korang x kesian ke kt ustzah... hormat ckit..." trkjut dbuatnya aku... "husni.. syukran... nta bleh msuk kls.. biarkn diorg bising.." Husni merupakn pljr tahun 4 disekolah tu.. dan dia juga trknl dgn knklnnya... slalu sja aku mndgr guru2 brckp tntg sikapnya yang nakal tu... walaupun aku x mngajr klsnya tp dia smmgnya diknali oleh guru2. suatu hari tu aku mnyapa Huni "knapa nta slalu samsing kt sekolah?" ana x samsinglah ustazah.. orang lain ramai lg yg samsing... aku melihat riak wajahnya seprti trkjut bla aku brtnya dia knapa samsing kt sek... "kalaupun ada rmai lg yg smsing... x knlah nta pun nk jdi mcm diorang... " Husni trdiam tnpa brkta apa2.. kmudian dia pun beredar dengan muka merah padam.. sudah mnjdi sikapku setiap apa yg kucakap.. akan ku flasback blik n tiba2 hatiku brasa brsalah pd Husni. sebagai seorang guru aku x spatutnya brtya mcm tu pd seorng murid... adakah kta2 aku tu mmbuatkn husni terasa hati..? walaupun dia seorang murid yng baru brusia 10 tahun.. tp dia juga punyai hati dan perasaan.. senakal mna skali pun dia aku x spatutnya brckp bgitu... aku yakin bahawa husni bleh dbntuk untuk mnjadi lbih baik kerna aku dpt merasakn bahawa husni adalah seornag yang cpt trsntuh hatinya dan mudah utk mnyntuh hatinya dgn trbiah yg smpurna.. afwan buat husni.. ustazah x sgaja brckp bgitu pd nta... SAMSING x spatutnya digelar pd seorang plajr sprti Husni yg bru brusia 10 tahun... aku slalu mndgr guru2 brckp "Husni tu samsing... Husni tu samsing... Husni tu samsing..." sehinggakan aku juga trungkap prkataan itu pada Husni.. "knapa Husni Samsing di sekolah...?" dari saat itu aku mnjdi lbih brhati2 apabila brcakp dgn murid2ku.. krna ku yakin walaupun mereka seperti x brperasaan tp pd hakikatnya pd hati kcil mereka mudah trsntuh... kta sbg seorg guru bukn saja brtggungjwb untuk mngajar.. ttp pelu juga untuk kta mndidik n mntarbiah mereka mnjadi seorang pjuang Islam...

Monday, September 7, 2009

TINTA PERMATA BUAT SERIKANDI



DUHAI PUTERIKU.........Keremajaanmu menyegarkan pandangan, melimpahkan nyaman pada malam..Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan....Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara-suara lembut sang gadis...Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan...

PUTERIKU.....Dengan keremajaanmu...kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka Tanpa kesedaran ....

DUHAI PUTERIKU....Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika ...palingkanlah wajahmu barang sejenak...Berkatalah dalam diri...Kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia...Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan...Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit...Sedarlah...hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan...Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa...

PUTERIKU...Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan rahmat kehadiranmu...

WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI ...Salutilah tubuhmu dengan iman...kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...Usah merasa resah lalu menyolek diri ...inginkan wajah yang lebih indah...Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT...

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI...Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah SWT...Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada yang alpa erti kehidupan...

GADISKU...Bersihkanlah hatimu...kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan...Jannah itu bukan mimpi tapi realiti...Dunia hanyalah persinggahan... akhirat itu kekal abadi...."

Thursday, August 13, 2009

Salam ukhwah buat sahabat2 tersayang…..


Bersua kembali kita diperbukitan ini…. Biarpun hanya sementara... namun bagiku sungguh bermakna... macam biasa la kan... kalo lama dah x jumpa tu.. banyak la cerita yang nk dikongsinya... ada cerita lawak.... sedih.... gembira... mcm2 la... dah menjadi lumrah kan.. setiap pertemuan tu mesti ada perpisahannya... kata orang... kalo x nk berpisah.. maka jgn kita bertemu dengannya. X sedar pula dah nk dkt sminggu kt ukm ni... cepat plak rsanya msa berlalu... smalam lepas maghrib... ada kuliah ust arif tau.... bla tgok ja kitab riyadhussolihin tu.... tringt plak time2 bljr ngan ust dlu.... best kan.....? rsa mcm nk.... ja.... ulang blik wktu tu...

Esok akan bermulalah konvokesyen sidang yg pertama.... bagi FPI dh dttpkan hari Isnin. Apa perasaan kalian.....? adakah gembira... sedih... atau... bangga...? mgkin sekarang x dpt nk jwb lg kot.... ok.... sma2 kta tggu hari isnin ni k... tggl 17 ogos 2009 apa yg kta rsa wktu tu.... wlwpun smlm wktu raptai.. smuanya hapy bergmbr smpai x ingat dunia... tp disudut hati kecilku sedih.......... sgt... rasa mcm zaman bljr dh tamat dlm hidupku... walaupun kta tahu yang mnntut ilmu ni x da pghujungnya.... tp.... ianya x sama kan...? Dlu msa zaman sekolah smua bersungguh2 bljr.... smua brcita2 nk masuk universiti... dan tahun demi tahun... tahap demi tahap... exam demi exam.... akhirnya yang berusaha tu berjaya mnjjki kaki ke menara gading. Semua kita brcita2 nk masuk universiti.... tp bla dh berada di universiti apa lg cita2 kalian....? nk kemana plak kita....? universiti lah pusat pengajian terakhir... brmula dr tadika.... sek ren... sek men... dan akhirnya Universiti.

Apa2 pun... kemana sahaja kita slps ni.. yg pntg ukhwah kta biarlah terjalin smpai bla2.. dan yang pnting jgn jadikan ijazah ini penamat bg kta untuk mncari ilmu... wlpun dlm keadaan n situasi yg berbeza... namun ilmu agama perlu ttp ditimba agar hidup kta tidak hanya untuk dunia... ingatlah tujuan kita diciptakan didunia ini hanya sementara.... iman perlu dibaja dengan ilmu.... doakan kita akan bertemu lg.... kalau tidak didunia InsyaAllah di syurga sana.....
Salam sayang..... salam ukhwah dariku........

Sebelum Mata Terlena....

Sebelum mata terlena dibuaian malam gelita
Tafakur dipembarigan mengenangkan nasib diri
Yang kerdil, lemah dan bersalut dosa
Mampukahku megharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yg meggunung tinggi
Terkapai ku mncari limpahan hidayahmu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena dengarlah rintihan hati ini
Tuhan... beratnya dosaku.. tak daya ku pikul sendiri
Hnyalah rahmat dan kasih sayangmu yg dpt meringankn
hulurkan maghfirahmu andainya esok bukan milik ku lagi
dapatkah atau tidak? akupun tak pasti akan trbuka lg

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskah beban ini yg mengcengkam jiwa dan ragaku
Selimuti driku dgn sutera kasih sayangMu
Agar lenaku nanti.. ku mimpikn syurga yg indah abadi
Pabila ku trjaga dptkh lg kurasai
Berrtapa hadirnya wangian syurga firdausi Oh ILAHI...
Disepertiga malam sujudku mengperhambakan diri
Akanku terus mengabdikn driku pada mu Ya ALLAH...

Tuesday, August 11, 2009

TINGKATAN CINTA KEPADA ALLAH

TINGKATAN CINTA KEPADA ALLAH

Secara konkritnya, kepada Allah itu memerlukan ilustrasi. Ana sebenarnya berasa malu untuk menyampaikan contoh berikut. Tetapi ana memohon maaf kerana ana tidak mendapatkan contoh yang paling mudah difahami dan jelas dalam benak selain hubungan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya. Ana mohon maaf kerana terpaksa harus mengambil contoh ini agar manusia mengetahui bagaimana seharusnya mereka Allah

Seorang lelaki yang menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan biasanya bermula dengan keterkaitan dengannya. Pada awalnya, ia tidak akan dapat tidur dan berfikir serta sering melamun. Jika ada orang yang mengajaknya berbicara, ia tidak akan memperdulikan ajakan itu dan akan tenggelam dengan lamunannya. Begitulah juga keadaanya dengan si perempuan yang ber itu. Hal yang tampak dalam benak antara lelaki dan perempuan itu hanyalah berhubungan tanpa melakukan kontak fizik sama sekali



Setelah itu, pun semakin kuat bertaut di antara mereka berdua. Silelaki mula sibuk dengan hal2 yang memuaskan kepentingannya atau hal2 yg menyenangkan kekasihnya.
Semakin kuat sehingga mencapai tahap yang sering disebut sebagai ash-shababah iaitu curahan hati seperti air yang tercurah dari atas kebawah sehinggalah ia kehilangan kendali hatinya dan tidak ada seorang pun yang dapat menundukkannya. Seorang lelaki yang tertambat hatinya pada seorang perempuan itu biasanya akan mudah tertunduk dengan pujuk rayunya. Dengan itu si lelaki tersebut akan mudah menurut sahaja meskipun terpaksa menunggu kekasihnya berjam-jam dan bersedia untuk pergi kemana sahaja. Baginya segala risiko tidak ada masalah, yang penting sang kekasih perlu ada bersama. Persis kisah pemuda yang mabuk bernama Qais dan Laila. Ketika berjalan melewati rumah kekasihnya Laila, maka meluncurlah dari lisannya syair yang indah:

kala kulalui rumah dimana Laila berada
kutatap dinding demi dinding di sekitarnya
bukan pada rumah ini ku labuhkan
tetapi kepad sidia yng tinggal di sana

setelah cinta semakin bertambah kuat, sampailah pada tingkatan yang dinamakan al-gharam dimana pada tingkatan ini hati menjadi lebih terikat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi dengan kekasihnya walau apa pun terjadi. Untuk memahami al-gharam ini kita boleh melihat firman Allah dalam (Surah Al-Furqan: 65-66) tentang ornag-ornag kafir yang masuk ke neraka jahannan, disana mereka tidak dapat memisahkan diri mereka dengan siksaan itu.

    •       •      
Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu kebinasaan yang kekal.” Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
Mereka tidak dapat memisahkan diri mereka dengan azab neraka jahannam untuk selama-lamanya seperti mereka ketika hidup didunia. Ketika sampai pada tingkat al-gharam ini, miskipun sebenarnya dia tahu bahawa berjalan2 dengan sang kekasih itu sesuatu yang dilarang, dan kekasihnya juga tahu akan larangan itu, namun kedua-duanya tidak mampu untuk mencegah diri masing2 dari perbuatannya itu. telah demikian terpatri sehingga tidak dapat melepaskannya.

Akhirnya perasaan pun semakin bertambah kuat dan bergelora sampai pada tingkatan asy-syaghaf ertinnya itu semakin kuat dan berakar dalam lubuk hati yang sangat dalam. Akan ana bawakan kisah disini dalam surah (Yusuf:30) Firman Allah:

                     
30. dan (Sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambaNya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke Dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami memandangnya berada Dalam kesesatan Yang nyata."

Kerana cintanya yang begitu mendalam terhadap Yusuf maka dia berani melakukan hal-hal yang di luar kebiasaannya. Dia mentup pintu seraya berkata, “marilah ke sini”. Semua ini terjadi kerana rasa cintanya yang sangat mendalam sampai kelubuk hati.

Contoh-contoh yang ana bawakan ini menunjukkan bahawa keterikatan hati itu boleh sampai pada tahap yang demikian jauh bahkan boleh sampai kepada tahap yang diharamkan. Demikian juga dalam mencintai Allah s.w.t. bertapa pun kita tidak boleh menyamakan antara Allah s.w.t dengan manusia dengan sifat-sifat sempurna yang ada berbeza dengan hamba-hambaNya, namun adakah pernah anda suatu saat berfikir tentang Allah? Bukankah ini merupakan tingkatan yang pertama didunia ini? Apakah kita telah memberikan sesuatu kepada sesama manusia apa-apa yang kita tidak berikan pada Allah s.w.t. sehingga kita dapat mencurahkan sepenuh dan ketaatan kita kepada sesama manusia sementara tidak mencurahkan dan ketaatan kita kepada Allah kemudian setelah itu kita mengaku telah mencintai Allah?

Kerana itu, barangsiapa tidak tidur dimalam hari untuk qiyamullail dan merenungkan keagungan Allah, maka inilah awal tingkatan dia kepada Allah s.w.t.setelah itu kecenderungan hati semakinbertambah besar. Dia mulai menghadiri kelas-kelas pengajian dan sanggup bertahan walaupun dalam keadaan kurang selesa kerana terpaksa teresak-esak. Ini menunjukkan bahawa mulai menyentuh hati lebih kuat. Setelah itu, perasaan pun semakin bertambah, sebagaimana pada contoh di atas. Ia mulai melakukan perbandingan atas apa yang disukainya dan yang disukai sang kekasih. begitulah seorang hamba sebelum melakukan suatu tindakan amal, maka perlunya dia bertanya terlebih dahulu pada diri, apakah amalan yang dilakukannya itu diredhai Allah atau tidak? Setelah itu barulah kepada Allah menjadi semakin bertambah sehingga memenuhi ruang hati sekaligus hawa nafsunya akan mengikuti perintah Allah. Inilah puncak kepada Allah sekiranya hawa nafsu anda berjaya mengikuti kehendak Allah.

Setelah itu, perasaan pun semakin bertambah kuat hingga dia bersedia untuk mencurahkan segala daya dan upaya dalam rangka mencari keredhaan Allah s.w.t. seperti contoh yang ana bawakan diatas tadi, seorang pemuda yang akan kekasihnya sanggup menunggu berjam-jam untu bertemu sang kekasihnya bahkan sanggup memikul beban dosa asalkan kekasihnya bahagia. Begitulah perlunya kita tunjukkan rasa kita kepada Allah dengan sanggup bergadang dan mencurahkan daya upaya untuk melaksanakn segala suruhan Allah s.w.t

Saturday, April 25, 2009

Buat Tatapan Dikala Sunyi....

video

Friday, April 24, 2009

I LOVE U SO MUCH...


Ibu....

I love u so much

kaulah insan yang sntiasa bertahta dihatiku buat selamanya

tiada insan yang dapat menandingi kasih sayangmu terhadapku

hatiku dijaga agar tidak trluka walaupun hatimu sendiri terseksa..


Ibu....

ku sentiasa berdoa... agar hatimu tidak menangis melihat kesedihanku

kerna ku tahu kelemahanmu tidak dapt melihat kesedihan anakmu

kubersyukur kita terpisah jauh agar dirimu tidak melihat kesedihanku

namun ku rindu sentuhan tanganmu untuk menyesat air mata ini..


Ibu...

kaulah segalanya buatku... akan ku pahat namumu dihati ini selamanya

agar tiada insan yang berani bertahta dihatiku tanpa kebenaranmu..

kerana ku pasti tiada insan yang mampu menjaga hatiku seperti kau menjaganya

tak kan kubiarkan mutiara jernih ini mengalir lagi agar hatimmu sentiasa gembira


Ibu...

doakan anakmu diberi kekuatan untuk terus melangkah

dan doakan juga diberi kekuatan utk trus istiqamah mentarbiah diri

agar tidak tersasar dalam mencari redha Ilahi

bukan mudah bagiku... namun bukan juga mustahil jika diiringi doamu...
...BIIZNILLAH...