? ??????????????Creepy!? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 365 Total Grabs. ??????Ge
t the Code?? ?? ?????????????????????????????????Never Let You Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??11 Grabs Today. 3868 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Love to Hat BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, April 25, 2009

Buat Tatapan Dikala Sunyi....

Friday, April 24, 2009

I LOVE U SO MUCH...


Ibu....

I love u so much

kaulah insan yang sntiasa bertahta dihatiku buat selamanya

tiada insan yang dapat menandingi kasih sayangmu terhadapku

hatiku dijaga agar tidak trluka walaupun hatimu sendiri terseksa..


Ibu....

ku sentiasa berdoa... agar hatimu tidak menangis melihat kesedihanku

kerna ku tahu kelemahanmu tidak dapt melihat kesedihan anakmu

kubersyukur kita terpisah jauh agar dirimu tidak melihat kesedihanku

namun ku rindu sentuhan tanganmu untuk menyesat air mata ini..


Ibu...

kaulah segalanya buatku... akan ku pahat namumu dihati ini selamanya

agar tiada insan yang berani bertahta dihatiku tanpa kebenaranmu..

kerana ku pasti tiada insan yang mampu menjaga hatiku seperti kau menjaganya

tak kan kubiarkan mutiara jernih ini mengalir lagi agar hatimmu sentiasa gembira


Ibu...

doakan anakmu diberi kekuatan untuk terus melangkah

dan doakan juga diberi kekuatan utk trus istiqamah mentarbiah diri

agar tidak tersasar dalam mencari redha Ilahi

bukan mudah bagiku... namun bukan juga mustahil jika diiringi doamu...
...BIIZNILLAH...





WARKAH BUAT HAWA....



HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...


HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...


HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…

Aduhai... "tajassus"


Aduhai... 'tajassus"...
rindu... rasanya hati ni... dah seminggu kta x brjumpa kan..
maaf yer... perlu ku bahagikan msa...
supaya smua perkara dpat disiapkan dgn sempurna...
sekarang bezy ngan exam... tapi....
ku janji... nnti 5/05/2009 slps jam 2.00am kta jumpa lagi... ok...
Aduhai "tajassus"...
walupun hati ini rindu untk bertemu dgn mu..
namun berdebar tetap ada...
takut2 timbul lagi persoalan2 yang x dapat ku fahami...
sukarnya untuk aku mengenali dan memahami mu..
namun... kau telah menjadi pilihanku...
Aduhai "tajassus"...
ikhlas aku memilih mu bukan atas doronagn orang lain
mungkin sudah ketentuan tuhan....
kau kupilih utuk dikenali lebih mendalam di thn akhir ni...
walaupun sebelum ini aku pernah mengenalimu secara tdk sengaja...
namun akhirnya aku bertekad utk mngenalimu dgn lebih mendalam...
Aduhai "tajassus"
jerit perit aku dengamu tiada siapa yang tahu...
mungkin masing2 sibuk dengan tugasan sendiri...
namun ku kuatkan semangat untuk trus bersamamu...
kerana kau.. kupilih dengan keikhlasan... bukan paksaan...
maka.. kupohon Allah pemudahkan segalanya...
Aduhai "tajassus"
kau lah wasilah penentu matlamatku di medan perjuangan ini...
akan kuteruskan penulisan ini dgn pena keikhlasan dan dakwat ketabahan
agar hasilnya nanti mndapat keberkatan drp Tuhan...
ku harap perpisahan kita nanti akan diiringi dgn air mata kegembiraan...
apabila amanah kajian ini berjaya disempurnakan... Biiznillah...

Thursday, April 23, 2009

Anda ingin kelihatan lebih cantik dan menarik?



# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.


# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.


# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.


# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".


# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Pesanan buat mereka yang merasakan dirinya cantik..



Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Malu Itu Cantik...


malu rasanya menyatakan cinta...
kepada Dia kekasih Allah...
kerana dia.. insan mulia..
sedangkan diriku... insan biasa...
kuturut jua hati dan jiwa...
meluahkan rasa... cinta membara..
didalam ujian... kuucap selawat..
tanda penghargaan seorang ummat...
selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya... kuamalkan sunnahnya
moga diterima dan beroleh barakah
diakahirat sana... beroleh syafaat
kerana peribadinya aku terpesona....
kerana budinya aku jatuh cinta ...
rinduku padanya.. tiada terkata
nantikanlah daku.. ditaman Syurga...

Sepohon Semalu???



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Ø pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Ø semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ø semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keteterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Ø semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Buat Adikku Tersayang...



Adikku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu ini, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerahkan diri kepada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Adikku….
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntam bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu, “ Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang ….
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat padanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhoan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
“Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…

Doakan juga akak supaya diberi kekuatan....

Ya Allah jadikan kami seperti bidadari syurga....


KU RINDU MA'FIRAHMU...




YaAllah….. aku merinduimu ya Allah… sunyi teramat hatiku malam ini… ya Allah siapa aku sebenarnya……? Adakah aku hambaMu yang betul2 bertaqwa…. Lalai dan leka seolah2 tidak mahu lari dalam hidupku….mengapa sukar bagiku untuk istiqamah dijalanMu ya Allah… terkadang perasaan bersalah terhadap diri sendiri menghantui hidupku…. Selalu saja ku bertanya… apa tujuan aku dicipta diatas muka bumi Mu ini? persoalan itu sering ku timbulkan dalam jiwa… ku tahu ya Allah… lahirnya aku didunia ini hanyalah sementara dan tujuan diciptakan aku atas muka bumiMu ini tidak lain dan tidak bukan untuk beriman kepada Mu. Ya Allah… aku menyesali atas kelemahanku ini…. Namun kenapa perasaan kesal aku ini hanya sementara…? Tiada kekuatan untukku terus berjuang mendidik jiwa yang semakin hari semakin membeku ini… ya Allah………………… aku seperti tiada kata untuk diungkapkan… namun ku yakin YaAllah Kau tahu apa perasaanku sekarang… aku sedih……… sangat, aku merasakan seperti aku disisihkan oleh Mu ya Allah... aku bimbang ya Allah… bimbang2 aku tidak diberi peluang lagi untuk menjadi hambamu yang lebih bertaqwa. Ya Allah kenapa dengan diriku ini…….. apa telah jadi dengan hatiku…. Jangan sesekali Kau tutup pintu hatiku ya Allah untuk trus mencari hakikat hidup sebenar sebagai hambamu… aku ingin akan kebaikan… aku ingin menjadi hambaMu yang terbaik.. berilah kesempatan kepadaku untuk merasai kemanisan iman sebenar.