? ??????????????Creepy!? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 365 Total Grabs. ??????Ge
t the Code?? ?? ?????????????????????????????????Never Let You Go? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??11 Grabs Today. 3868 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Love to Hat BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 11, 2009

TINGKATAN CINTA KEPADA ALLAH

TINGKATAN CINTA KEPADA ALLAH

Secara konkritnya, kepada Allah itu memerlukan ilustrasi. Ana sebenarnya berasa malu untuk menyampaikan contoh berikut. Tetapi ana memohon maaf kerana ana tidak mendapatkan contoh yang paling mudah difahami dan jelas dalam benak selain hubungan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya. Ana mohon maaf kerana terpaksa harus mengambil contoh ini agar manusia mengetahui bagaimana seharusnya mereka Allah

Seorang lelaki yang menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan biasanya bermula dengan keterkaitan dengannya. Pada awalnya, ia tidak akan dapat tidur dan berfikir serta sering melamun. Jika ada orang yang mengajaknya berbicara, ia tidak akan memperdulikan ajakan itu dan akan tenggelam dengan lamunannya. Begitulah juga keadaanya dengan si perempuan yang ber itu. Hal yang tampak dalam benak antara lelaki dan perempuan itu hanyalah berhubungan tanpa melakukan kontak fizik sama sekali



Setelah itu, pun semakin kuat bertaut di antara mereka berdua. Silelaki mula sibuk dengan hal2 yang memuaskan kepentingannya atau hal2 yg menyenangkan kekasihnya.
Semakin kuat sehingga mencapai tahap yang sering disebut sebagai ash-shababah iaitu curahan hati seperti air yang tercurah dari atas kebawah sehinggalah ia kehilangan kendali hatinya dan tidak ada seorang pun yang dapat menundukkannya. Seorang lelaki yang tertambat hatinya pada seorang perempuan itu biasanya akan mudah tertunduk dengan pujuk rayunya. Dengan itu si lelaki tersebut akan mudah menurut sahaja meskipun terpaksa menunggu kekasihnya berjam-jam dan bersedia untuk pergi kemana sahaja. Baginya segala risiko tidak ada masalah, yang penting sang kekasih perlu ada bersama. Persis kisah pemuda yang mabuk bernama Qais dan Laila. Ketika berjalan melewati rumah kekasihnya Laila, maka meluncurlah dari lisannya syair yang indah:

kala kulalui rumah dimana Laila berada
kutatap dinding demi dinding di sekitarnya
bukan pada rumah ini ku labuhkan
tetapi kepad sidia yng tinggal di sana

setelah cinta semakin bertambah kuat, sampailah pada tingkatan yang dinamakan al-gharam dimana pada tingkatan ini hati menjadi lebih terikat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi dengan kekasihnya walau apa pun terjadi. Untuk memahami al-gharam ini kita boleh melihat firman Allah dalam (Surah Al-Furqan: 65-66) tentang ornag-ornag kafir yang masuk ke neraka jahannan, disana mereka tidak dapat memisahkan diri mereka dengan siksaan itu.

    •       •      
Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu kebinasaan yang kekal.” Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
Mereka tidak dapat memisahkan diri mereka dengan azab neraka jahannam untuk selama-lamanya seperti mereka ketika hidup didunia. Ketika sampai pada tingkat al-gharam ini, miskipun sebenarnya dia tahu bahawa berjalan2 dengan sang kekasih itu sesuatu yang dilarang, dan kekasihnya juga tahu akan larangan itu, namun kedua-duanya tidak mampu untuk mencegah diri masing2 dari perbuatannya itu. telah demikian terpatri sehingga tidak dapat melepaskannya.

Akhirnya perasaan pun semakin bertambah kuat dan bergelora sampai pada tingkatan asy-syaghaf ertinnya itu semakin kuat dan berakar dalam lubuk hati yang sangat dalam. Akan ana bawakan kisah disini dalam surah (Yusuf:30) Firman Allah:

                     
30. dan (Sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: isteri Al-Aziz itu memujuk hambaNya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, Sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke Dalam lipatan hatinya; Sesungguhnya Kami memandangnya berada Dalam kesesatan Yang nyata."

Kerana cintanya yang begitu mendalam terhadap Yusuf maka dia berani melakukan hal-hal yang di luar kebiasaannya. Dia mentup pintu seraya berkata, “marilah ke sini”. Semua ini terjadi kerana rasa cintanya yang sangat mendalam sampai kelubuk hati.

Contoh-contoh yang ana bawakan ini menunjukkan bahawa keterikatan hati itu boleh sampai pada tahap yang demikian jauh bahkan boleh sampai kepada tahap yang diharamkan. Demikian juga dalam mencintai Allah s.w.t. bertapa pun kita tidak boleh menyamakan antara Allah s.w.t dengan manusia dengan sifat-sifat sempurna yang ada berbeza dengan hamba-hambaNya, namun adakah pernah anda suatu saat berfikir tentang Allah? Bukankah ini merupakan tingkatan yang pertama didunia ini? Apakah kita telah memberikan sesuatu kepada sesama manusia apa-apa yang kita tidak berikan pada Allah s.w.t. sehingga kita dapat mencurahkan sepenuh dan ketaatan kita kepada sesama manusia sementara tidak mencurahkan dan ketaatan kita kepada Allah kemudian setelah itu kita mengaku telah mencintai Allah?

Kerana itu, barangsiapa tidak tidur dimalam hari untuk qiyamullail dan merenungkan keagungan Allah, maka inilah awal tingkatan dia kepada Allah s.w.t.setelah itu kecenderungan hati semakinbertambah besar. Dia mulai menghadiri kelas-kelas pengajian dan sanggup bertahan walaupun dalam keadaan kurang selesa kerana terpaksa teresak-esak. Ini menunjukkan bahawa mulai menyentuh hati lebih kuat. Setelah itu, perasaan pun semakin bertambah, sebagaimana pada contoh di atas. Ia mulai melakukan perbandingan atas apa yang disukainya dan yang disukai sang kekasih. begitulah seorang hamba sebelum melakukan suatu tindakan amal, maka perlunya dia bertanya terlebih dahulu pada diri, apakah amalan yang dilakukannya itu diredhai Allah atau tidak? Setelah itu barulah kepada Allah menjadi semakin bertambah sehingga memenuhi ruang hati sekaligus hawa nafsunya akan mengikuti perintah Allah. Inilah puncak kepada Allah sekiranya hawa nafsu anda berjaya mengikuti kehendak Allah.

Setelah itu, perasaan pun semakin bertambah kuat hingga dia bersedia untuk mencurahkan segala daya dan upaya dalam rangka mencari keredhaan Allah s.w.t. seperti contoh yang ana bawakan diatas tadi, seorang pemuda yang akan kekasihnya sanggup menunggu berjam-jam untu bertemu sang kekasihnya bahkan sanggup memikul beban dosa asalkan kekasihnya bahagia. Begitulah perlunya kita tunjukkan rasa kita kepada Allah dengan sanggup bergadang dan mencurahkan daya upaya untuk melaksanakn segala suruhan Allah s.w.t

0 comments: